Wednesday 1 December 2010

Kumpulan Gemersik yang bakal menjadi " Mini Orkestra Klasik" adalah kumpulan yang diilhamkan oleh Puan Zabidah Amat bersama tenaga pengajar dari JKKNM Encik Razak Md Said yang paling banyak menyumbang idea dalam merealisasikan impian keujudan Gemersik. Alhamdulilah, bukan mudah untuk mendapatkan apa yang diimpi.Banyak dugaan dan rintangan yang dilalui oleh guru-guru Pendidikan Khas SKPB.Bermula dengan sumbangan dari hamba-hamba Allah yang sangat prihatin kami semua berdoa agar GEMERSIK akan terus mengukir nama dan menjadi tersohor demi anak-anak istimemewa kami di sini.
Kini Gemersik mendapat suntikan tenaga pengajar baru dari JKKNNS Tuan Haji Amirullah dan di pimpin oleh Puan Sabariah Abu Bakar dengan bantuan guru-guru PK. .Sessi latihan Isnin dan Khamis.
Kenangan manis sepanjang persembahan peringkat negeri dan Kebangsaan :
1. Perasmian sukan SKPB 2008
2 Mesyuarat Agong PIBG dan hari anugerah SKPB 2008
3. Perasmian Majlis Perbandaran A.Gajah - 2008
4. Perasmian Penutup dan makan malam Karnival bola jaring PK Kebangsaan Ayer Keroh
D'Village 2009
5. Perasmian Pembukaan dan makan malam Sukan Paralimpik Zon Selatan di MPMBB - 2009
6. Perasmian pembukaan dan penutup majlis merakyatkan seni anjuran JKKNM - 2009
7. Majlis perasmian Dwi Program oleh Pengerusi Risda Tan Sri Rahim Tamby Chik -
13 Mei 2010
8. Majlis rumah terbuka Pengerusi RISDA - 2010
9. Majlis Mesra OKU N,Melaka - 2010 (Zon Alor Gajah )
10.Majlis perasmian pembukaania dan penutup Sukan Paralimpiad Malaysia XV Melaka 2010
di Stadium Hang Jebat pada 21 - 26 November 2010 . Perasmia pembukaan oleh Menteri
Belia dan Sukan Datuk Sabri Chik dan perasmian penutup oleh TYT Yang Di Pertua Negeri
Melaka Tun Sri Halil Yaakob,

Moga Allah akan merestui impian manis kami dan Insyallah kami berdoa agar dapat membuat persembahan di Istana Budaya dan Istana Negara suatu hari nanti. Amin.

Thursday 16 September 2010

Lawatan Ke Sabah

Pada 2-5 Ogos yang lepas, PPKI SKPB telah membuat lawatan sambil belajar ke Sabah Negeri di Bawah Bayu. Seramai 14 orang pelajar telah mengikut lawatan tersebut diiringi 9 orang guru PPKI SKPB. Antara tempat yang telah dilawati adalah Kundasang ( kaki Gunung Kinabalu, Taman Sabah, dan Nabalu ), Kota Kinabalu ( Muzium Sabah, Kg Budaya Monsopiad, Memorial Perang Petagas, Heritage Village, Pusat Tanah Lembab, Menara Tun Mustafa, Pasar Kraftangan ) dan lain-lain lagi. Terima kasih kepada semua yang telah memberi sumbangan dan bantuan kepada kami sepanjang lawatan ini terutama kepada Pn Noulin dari Dewan Bandaraya Kota Kinabalu serta penguatkuasa DBKK yang sudi menjaga dan mengawal lawatan kami di Pasar Kraftangan. Budi baik dari DBKK kami ucapkan setinggi-tinggi terima kasih.

Tuesday 24 August 2010

Hari terakhir pelajar praktikal IPPM Melaka...

Nurul dan kasih sayangnya pada pelajar.....


Wan disisi Siti Rahmah...

Murid-murid PPKI SK Pengkalan Balak...



Guru-guru PPKI SK Pengkalan Balak bergambar kenangan bersama pelajar praktikal...

Bersama PPM PPKI SK Pengkalan Balak

Tuesday 10 August 2010

....terapi rohani...

...sesi bacaan yassin diadakan pada setiap hari Jumaat di surau PPKI SKBP...











....sesi amali solat diadakan setiap hari pada jam 12 tengah hari....murid-murid bergilir menjadi imam dan latihan merangkumi solat 5 waktu....











Thursday 5 August 2010

perasmian Bulan Membaca

persembahan oleh murid-murid Pendidikan Khas SKPB sempena Bulan Membaca...




simbolik perasmian Bulan Membaca



di sini senang...


di sana senang..la..la..lalalalala



'Colours Song'..



persembahan berbalas pantun ( Iqwan dan Riduan)



nyanyian 'My Body'...



nasyid lagu Tobat



bacaan empat Qul oleh Asyraf Dualin








Lawatan SDSI 2


Lawatan ke pusat pembuatan dodol...






bermulanya satu perjalanan....



dah sampai....teruja tengok dodol..







menimbang dodol...
















Majlis Perpisahan Encik Zaiful Anuar

Majlis perpisahan sempena perpindahan Encik Zaiful Anuar telah diadakan pada 30 Mei 2010.


menerima penghargaan daripada sekolah




tanda kenangan daripada PPKI SKPB




jamuan perpisahan di KFC





Monday 24 May 2010

Sukan Sekolah

Lari Serap!!!! cepat serap!!!......hahaha ( serap gelak )...isk2 gelak je lebih serap ni tp x laju pun lari...kalahla mcm ni...x volela cikgu lari laju2!!! perut serap ni goyang sgt!!! mengah dh ni....hehehe

Siti Rahmah : isk2!! susah tolla jadi org comel ni. asyik2 kene jd ratu PK. asalkan jadi ratu
jer...mesti aku gak yang kene...mmg nk kene tolla cikgu2 PK ni....jelesla tu tgk
diriku yang comel ni....
Fiqri : kau ni Ramah... berlagak tol...ko yg teringin berdiri disampingku, ko tuduh lak
cikgu2 PK ni yg pilih kau....aku taula yg aku ni jejaka idaman Malaya..sume org nk
jd ratu dihatiku...hahaha...Ramah, ko x panas ke make up tebal2 tu??? aku tgk
make up ko dh cair dh!!!!
Siti Rahmah : x panas ko kata?!! aku rs mcm pakai baju sauna dh ni....bpeluh2 dh ni....org kat
depan tu agak2la juga kalu nk berucap tu!!! tgk sket kat ratu PK ni....dh cair make
up dbuatnya....adoiyai!!!!


Inilah suasana ketika hari sukan tara dan sukan sekolah...

Monday 5 April 2010

Menara Taming Sari & Zoo Melaka


Ppki SKPB : " seronok tak anak-anak pergi Zoo?"
Anak-anak: " seronok !!!!!"
Ppki SKPB : " apa yang dapat awak lihat kat sana?"
Haziq : " tengok harimau cikguuuu....hehehe"
Ppki SKPB : " wan... macamana bunyi harimau??"
Iwan : " aauuuummmm.........aaauuummmm....."
Ppki SKPB : " wah!!! pandainye dia..... Ct Ngamah!!! macamana bunyi harimau?"
Ct Ngamah: " :-)....."
Ppki SKPB : " lepas ni nak ikut lagi tak pergi jalan-jalan??"
Anak-anak: " nakkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!....". lepas ni kita nak pergi mana lagi cikgu?!!!
Ppki SKPB : " adalaaaa.....rahsia !!!!!!!!!!!!!!! heheheh..." tunggu dan lihat...huahuahua...
Anak-anak : " alaaaaaaaaaaa....cikgu ni terukla...!!"

Saturday 30 January 2010

Persembahan Angklung peringkat Kebangsaan





Akhirnya................segala impian dan cita-cita Gemersik PPKI SKPB Team tercapai setelah berjaya membuat persembahan angklung di Pertandingan Bola Jaring Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan. Diharap semoga selepas ini terdapat banyak lagi jemputan untuk team ini membuat persembahan bagi memperkembangkan lagi sayap mereka.....Tahniah untuk Gemersik Team....