Thursday 16 September 2010

Lawatan Ke Sabah

Pada 2-5 Ogos yang lepas, PPKI SKPB telah membuat lawatan sambil belajar ke Sabah Negeri di Bawah Bayu. Seramai 14 orang pelajar telah mengikut lawatan tersebut diiringi 9 orang guru PPKI SKPB. Antara tempat yang telah dilawati adalah Kundasang ( kaki Gunung Kinabalu, Taman Sabah, dan Nabalu ), Kota Kinabalu ( Muzium Sabah, Kg Budaya Monsopiad, Memorial Perang Petagas, Heritage Village, Pusat Tanah Lembab, Menara Tun Mustafa, Pasar Kraftangan ) dan lain-lain lagi. Terima kasih kepada semua yang telah memberi sumbangan dan bantuan kepada kami sepanjang lawatan ini terutama kepada Pn Noulin dari Dewan Bandaraya Kota Kinabalu serta penguatkuasa DBKK yang sudi menjaga dan mengawal lawatan kami di Pasar Kraftangan. Budi baik dari DBKK kami ucapkan setinggi-tinggi terima kasih.