Monday 15 August 2011

PERKHEMAHAN PENGAKAP ISTIMEWA PERINGKAT NEGERI MELAKA









Pada 19-21 April 2011 yang lepas, Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Melaka telah mengadakan Perkhemahan Pendidikan Khas Peringkat Negeri Melaka bertempat di Hutan Rekreasi Ayer Keroh. PPKI SK Pengkalan Balak telah menghantar seramai 4 orang dari unit beruniform Pengakap Istimewa. Pelbagai pengalaman telah mereka perolehi sepanjang perkhemahan ini. Selain itu, mereka juga telah mendapat ramai kenalan dari sekolah-sekolah lain yang ada di Negeri Melaka.


MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ZON MASJID TANAH









MAJLIS TILAWAH AL-QURAN

PERINGKAT ZON MASJID TANAH

PADA 23-24 MAC 2011

BERTEMPAT DI SMK LUBOK CHINA, MELAKA


Pada 23-24 Mac yang lepas, telah diadakan pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat Zon Masjid Tanah, Melaka bertempat di SMK Lubok China. PPKI SK Pengkalan Balak telah mengambil bahagian di dalam:


1. Nasyid terbuka

2. Tulisan khat bawah 12 tahun L/P

3. Azan bawah 10 tahun

4. Hafazan

Namun, nasib tidak menyebelahi PPI SK Pengkalan Balak apabila tidak memenangi sebarang kejayaan di dalam pertandingan tersebut.

Sunday 14 August 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MELAKA

Pada 7 April 2011, PPKI SK Pengkalan Balak telah membuat lawatan ke Bandar Melaka Bersejarah. Lawatan ini telah mula dari sekolah seawal jam 8 pagi dari sekolah. Empat tempat telah menjadi pilihan PPKI SK Pengkalan Balak membuat lawatan iaitu, MYDIN MITC, Planetarium, Pusat Bowling MITC dan Melaka Wonderland Theme Park.

Friday 12 August 2011

Pelancaran PDK NET






MAJLIS PELANCARAN PDKNet

DI KOMPLEKS PENYANYANG ALOR GAJAH, MELAKA

PADA 14 JUN 2011

Pada 14 Jun 2011 yang lepas, PPKI SK Pengkalan Balak telah diundang untuk turut serta membuat persembahan di Majlis Pelancaran PDKNet bertempat di Kompleks Penyanyang Alor Gajah, Melaka. Majlis ini telah dirasmikan oleh Puan Hajah Norpipah Abdul dari UMNO Negeri Melaka.


Saturday 29 January 2011

PERASMIAN PEMBUKAAN DAN PENUTUPAN SUKAN PARALIMPIAD 2010 PERINGKAT KEBANGSAAN
STADIUM HANG JEBAT, MELAKA

Ketibaan Ketua Menteri Melaka



Gabenor Negeri Melaka melihat persembahan iringan sambutan dari Team Gemersik SK Pengkalan Balak




Our Gorgeous Team....