Wednesday 21 October 2009

Horee...dpt no 3 pun ok juga la!!!







Pergh!!! penat la bawa pelajar pergi karnival permainan bola jaring dan futsal kat batu berendam ni...tp, emmm...seronok sangat tengok para pelajar ini bermain menentang lawan dengan penuh semangat waja. Hasilnya, zon Masjid Tanah dapat tempat kedua bagi futsal bawah 19 tahun dan tempat ketiga bagi bola jaring bawah 14 tahun...seharian menghabiskan masa di Dewan Badminton Batu Berendam tidak dirasai kerana guru-guru serta PPM bersorak sakan membantu menaikkan semangat para pelajar....

Go MT !!! Go MT !!! Go MT !!!.....

Friday 9 October 2009

Ihya Ramadhan




Aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan Ramadhan antaranya Solat Sunat Dhuha dan Tadarus Al-Quran. Semoga apa yang dilakukan sepanjang bulan Ramadhan ini mendapat keberkatan dari Allah S.W.T. Marilah kita memperbanyakkan amalan yang baik sepanjang bulan ini.

Jamuan Akhir Bersama En Razak (jurulatih angklung)




Jamuan ini telah diadakan sempena hari terakhir En Razak melatih para pelajar PPKI SKPB bermain angklung untuk tahun 2009. Kami di sini mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada En Razak kerana telah sudi memberikan tunjuk ajar kepada para pelajar ini. Segala tunjuk ajar yang diberikan akan kami pergunakan dengan sebaiknya. Diharap semoga pada tahun hadapan En Razak masih lagi mahu memberikan tunjuk ajar kepada kami.

Friday 4 September 2009

Negaraku Bebas Merdeka

Kini..
tiada lagi tangisan insan terseksa
terkapai-kapai lemas mencari daratan
berkorban jiwa pertahan negara
penjajah durjana merampas segala

50 tahun dahulu..
stadium merdeka menjadi saksinegaraku merdeka
rakyatku tidak lagi sengsara
menangis gembira mendapat cahaya

Merdeka..
tiada lagi penjajahan..
tiada lagi penderitaan..
tiada lagi jeritan penyiksaan..
tanah air ditadbir insan bijak bestari..
memimpin negara mengukir nama..
Kini..50 tahun sudah merdeka..
negaraku cemerlang, gemilang dan terbilang
burung berkicau bebas berterbangan
menjadi tanda negaraku aman daman

Maju berteknologikearah mencapai wawasan 2020.
kugenggam erat amanah pejuang tanah air
pertahanlah kemerdekaan
teruskanlah kemajuan disebalik tirai kemerdekaan
sematkanlah semangat jiwa bangsa dilubuk hati
semoga kekal selamanya

merdeka tetap merdeka..

Friday 21 August 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Kami dari Unit Pendidikan Khas SK Pengkalan Balak mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Diharap semoga dibulan ini dapat menambahkan keimanan dan kesabaran dalam menunaikan ibadah kepadaNya. Marilah bersama-sama kita melakukan lebih amal ibadat dibulan yang mulia ini....Aminnnn......

Wednesday 12 August 2009

Thursday 30 July 2009

Terapi Fizikal (Taekwondo)



Latihan terapi fizikal ini telah diadakan 2 kali sebulan. Para pelajar ini telah mendapat khidmat latihan dari jurulatih terlatih iaitu Encik Mutalib dan Puan Rashidah yang mana mereka ini bernaung di bawah Persatuan Taekwondo Melaka. Objektif terapi ini ditubuhkan adalah untuk menaikkan semangat jati diri pelajar, menyediakan pelajar seorang yang berani menentang musuh dan sebagainya.

Persembahan Angklong di Bomba Masjid Tanah








Pada sambutan hari bomba yang lepas, Kumpulan Gemersik PPKI SKPB telah membuat persembahan. Terima kasih diucapkan kepada Bomba Masjid Tanah kerana memberi peluang kepada para pelajar ini untuk menunjukkan bakat mereka. Para pelajar ini telah memainkan lagu Lenggang Kangkong, Ibu, Burung Kakak Tua dan Anak Ayam. Berikut adalah gambar yang berjaya dirakam pada persembahan tersebut.

Sukan UTEM







Pada 23 - 26 April 2009 yang lepas Unit Pendidikan Khas Negeri Melaka telah menganjurkan sukan diperingkat negeri yang telah diadakan di Universiti Teknikal Melaka (UTEM). SKPB juga turut melibatkan diri di dalam pertandingan tersebut dengan menghantar seramai 6 peserta. Antara acara yang telah disertai adalah larian. Alhamdulillah, di dalam sukan tersebut, Zon Masjid Tanah telah dinobatkan sebagai Juara di peringkat negeri Melaka. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah mengharumkan nama sekolah dan zon. 3 orang Johan, 2 orang Naib Johan dan seorang tempat ketiga

Friday 24 July 2009

Anyaman





Pada 21 Mei yang lepas Unit Pend Khas SKPB telah membuat lawatan ke Pandan Molek Enterprise. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar teknik mengayam tikar mengkuang, beg-beg hiasan dan pelbagai lagi yang diperbuat dari mengkuang. Ternyata para pelajar begitu cepat memahami teknik anyaman yang diajar sehingga ada diantara mereka berjaya menghasilkan anyaman asas seperti anyaman tali beg. Kami dari pihak PPKI SKPB mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Pandan Molek Enterprise diatas kesudian menerima lawatan kami dan jamuan yang telah disediakan. Berikut merupakan antara kenangan yang berjaya dirakam ketika lawatan tersebut.

Terapi Hidro




Terapi hidro ini telah ditubuhkan pada tahun 2004 dengan kerjasama guru-guru pendidikan khas SKPB bersama pihak ALAM. Tujuan terapi ini ditubuhkan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar dengan kemahiran renang agar mereka dapat menyelamatkan diri sekiranya mereka ditimpa bencana seperti banjir atau lemas. Selain itu, terapi ini juga ditubuhkan sebagai salah satu projek khas unit pendidikan khas SKPB. Pelajar-pelajar ini telah mendapat tunjuk ajar daripada jurulatih renang yang berpengalaman dari Akademi Laut Malaysia (ALAM) iaitu En Sani dan En Zanggi. Hari selasa merupakan hari latihan renang bagi pelajar-pelajar ini. Mereka akan dibawa ke ALAM untuk menjalani latihan selama lebih kurang 3 jam. Kerjasama dari pihak ALAM amat kami hargai.

Monday 20 July 2009

Projek Khas- Terapi Muzik (Angklong)


Pasukan angklong sekolah yang diberi nama ‘Kumpulan Gemersik’ ini ditubuhkan pada bulan Januari 2008. Mendapat tunjuk ajar daripada jurulatih berpengalaman iaitu En. Razak B. Said dari Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Melaka. Dibawah bimbingan beliau, murid-murid telah menguasai beberapa buah lagu untuk dimainkan, antaranya ialah “Burung kakak tua” dan “Lenggang Kangkung”. Dengan kesungguhan yang ditunjukkan, Kumpulan Gemersik diberi kepercayaan membuat persembahan buat kali pertama di majlis perasmian pembukaan kejohanan sukan tahunan sekolah.
Pasukan ini telah membuat persembahan pada majlis perasmian ulangtahun Majlis Perbandaran Alor Gajah pada 30 April 2008 di Dataran Keris Alor Gajah. Manakala pada 22 Mei 2008 pula kumpulan gemersik telah diundang mengadakan persembahan sempena “English Drama Competition State Level” di Panggung Seri, Taman Budaya Air Keroh Melaka. Pada 15 Mei 2008, kumpulan gemersik telah membuat persembahan sempena Hari Bomba Kawasan Masjid Tanah.
Pada masa ini, kumpulan gemersik dilatih oleh En Razak dari Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Melaka dan juga pelapis jurulatih angklong iaitu En. Zaiful Anuar B. Abu Samah dan Pn Sabariah iaitu guru pendidikan khas SK Pengkalan Balak. Latihan berterusan setiap minggu iaitu pada hari Isnin dan Khamis telah meyakinkan murid-murid untuk membuat persembahan. Beliau turut dibantu oleh guru-guru lain semasa latihan dijalankan.
Antara lagu yang telah dikuasai oleh pelajar ini adalah:
  • Quite-Quite
  • Anak Ayam
  • Bertemu dan Berpisah
  • Wau bulan
  • Jingkling Nona
  • Burung Kakak Tua
  • Never On Sunday
  • When The Sun Go Marching In
  • Loui Loui Katong
  • Ibu
  • Namun Ku Punya Hati
  • Rasa Sayang
  • Lee Lian Thai
  • Can't Falling In love With You
  • Besame Mucho
  • Kota Melaka (Trek Tek Tek)
** Pihak PPKI SKPB juga turut menerima sebarang undangan persembahan daripada pihak yang berminat. Jika berminat sila hubungi Pn Zabidah Amat di nombor 06-3844394.

Sarawak oh Sarawak!!!!





Pada 16 Jun yang lepas seramai 12 org pelajar pend khas ini telah pergi membuat lawatan ke negeri Bumi Kenyalang selama 3 hari 2 malam. Banyak tempat yang menarik telah mereka lawati antaranya Fairy Cave, Uitm cawangan Sarawak, Kg Budaya Sarawak, dan pelbagai tempat lagi. Mereka telah pergi dengan menaiki penerbangan Air Asia. Alangkah seronoknya pelajar-pelajar ini dapat melihat budaya dan adat resam negeri orang.
Terima kasih tidak terhingga kami ucapkan kepada para sponsor yang sudi memberikan sumbangan untuk anak-anak ini. Kami para-para guru pengiring di sini amat berterima kasih tidak terhingga kepada mereka yang bermurah hati ini. Semoga Allah memberkati rezeki mereka dengan melimpah ruah. Amin....