Monday 20 July 2009

Projek Khas- Terapi Muzik (Angklong)


Pasukan angklong sekolah yang diberi nama ‘Kumpulan Gemersik’ ini ditubuhkan pada bulan Januari 2008. Mendapat tunjuk ajar daripada jurulatih berpengalaman iaitu En. Razak B. Said dari Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Melaka. Dibawah bimbingan beliau, murid-murid telah menguasai beberapa buah lagu untuk dimainkan, antaranya ialah “Burung kakak tua” dan “Lenggang Kangkung”. Dengan kesungguhan yang ditunjukkan, Kumpulan Gemersik diberi kepercayaan membuat persembahan buat kali pertama di majlis perasmian pembukaan kejohanan sukan tahunan sekolah.
Pasukan ini telah membuat persembahan pada majlis perasmian ulangtahun Majlis Perbandaran Alor Gajah pada 30 April 2008 di Dataran Keris Alor Gajah. Manakala pada 22 Mei 2008 pula kumpulan gemersik telah diundang mengadakan persembahan sempena “English Drama Competition State Level” di Panggung Seri, Taman Budaya Air Keroh Melaka. Pada 15 Mei 2008, kumpulan gemersik telah membuat persembahan sempena Hari Bomba Kawasan Masjid Tanah.
Pada masa ini, kumpulan gemersik dilatih oleh En Razak dari Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Melaka dan juga pelapis jurulatih angklong iaitu En. Zaiful Anuar B. Abu Samah dan Pn Sabariah iaitu guru pendidikan khas SK Pengkalan Balak. Latihan berterusan setiap minggu iaitu pada hari Isnin dan Khamis telah meyakinkan murid-murid untuk membuat persembahan. Beliau turut dibantu oleh guru-guru lain semasa latihan dijalankan.
Antara lagu yang telah dikuasai oleh pelajar ini adalah:
  • Quite-Quite
  • Anak Ayam
  • Bertemu dan Berpisah
  • Wau bulan
  • Jingkling Nona
  • Burung Kakak Tua
  • Never On Sunday
  • When The Sun Go Marching In
  • Loui Loui Katong
  • Ibu
  • Namun Ku Punya Hati
  • Rasa Sayang
  • Lee Lian Thai
  • Can't Falling In love With You
  • Besame Mucho
  • Kota Melaka (Trek Tek Tek)
** Pihak PPKI SKPB juga turut menerima sebarang undangan persembahan daripada pihak yang berminat. Jika berminat sila hubungi Pn Zabidah Amat di nombor 06-3844394.

No comments:

Post a Comment