Wednesday 1 December 2010

Kumpulan Gemersik yang bakal menjadi " Mini Orkestra Klasik" adalah kumpulan yang diilhamkan oleh Puan Zabidah Amat bersama tenaga pengajar dari JKKNM Encik Razak Md Said yang paling banyak menyumbang idea dalam merealisasikan impian keujudan Gemersik. Alhamdulilah, bukan mudah untuk mendapatkan apa yang diimpi.Banyak dugaan dan rintangan yang dilalui oleh guru-guru Pendidikan Khas SKPB.Bermula dengan sumbangan dari hamba-hamba Allah yang sangat prihatin kami semua berdoa agar GEMERSIK akan terus mengukir nama dan menjadi tersohor demi anak-anak istimemewa kami di sini.
Kini Gemersik mendapat suntikan tenaga pengajar baru dari JKKNNS Tuan Haji Amirullah dan di pimpin oleh Puan Sabariah Abu Bakar dengan bantuan guru-guru PK. .Sessi latihan Isnin dan Khamis.
Kenangan manis sepanjang persembahan peringkat negeri dan Kebangsaan :
1. Perasmian sukan SKPB 2008
2 Mesyuarat Agong PIBG dan hari anugerah SKPB 2008
3. Perasmian Majlis Perbandaran A.Gajah - 2008
4. Perasmian Penutup dan makan malam Karnival bola jaring PK Kebangsaan Ayer Keroh
D'Village 2009
5. Perasmian Pembukaan dan makan malam Sukan Paralimpik Zon Selatan di MPMBB - 2009
6. Perasmian pembukaan dan penutup majlis merakyatkan seni anjuran JKKNM - 2009
7. Majlis perasmian Dwi Program oleh Pengerusi Risda Tan Sri Rahim Tamby Chik -
13 Mei 2010
8. Majlis rumah terbuka Pengerusi RISDA - 2010
9. Majlis Mesra OKU N,Melaka - 2010 (Zon Alor Gajah )
10.Majlis perasmian pembukaania dan penutup Sukan Paralimpiad Malaysia XV Melaka 2010
di Stadium Hang Jebat pada 21 - 26 November 2010 . Perasmia pembukaan oleh Menteri
Belia dan Sukan Datuk Sabri Chik dan perasmian penutup oleh TYT Yang Di Pertua Negeri
Melaka Tun Sri Halil Yaakob,

Moga Allah akan merestui impian manis kami dan Insyallah kami berdoa agar dapat membuat persembahan di Istana Budaya dan Istana Negara suatu hari nanti. Amin.