Friday, 17 July 2009

Lawatan ke Simulation Centre (ALAM)





Pada 25 Jun 2009 yang lepas unit Pend. Khas SKPB telah membuat lawatan ke Simulation Centre Akademi Laut Malaysia (ALAM). Objektif lawatan ini dibuat adalah untuk memberi pendedahan kepada anak-anak istimewa ini merasai suasana ketika berada di atas kapal walaupun ianya bukan realiti sebenarnya. Namun, kami berterima kasih kepada pihak ALAM kerana telah memberi peluang kepada mereka ini yang mana diketahui bahawa sebelum ini tidak pernah adanya kebenaran kepada pihak luar untuk membuat lawatan ke Simulation Centre ini. Alhamdulillah ini mungkin kerana rezeki Allah kepada anak-anak istimewa ini.

No comments:

Post a Comment