Saturday, 30 January 2010

Persembahan Angklung peringkat Kebangsaan





Akhirnya................segala impian dan cita-cita Gemersik PPKI SKPB Team tercapai setelah berjaya membuat persembahan angklung di Pertandingan Bola Jaring Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan. Diharap semoga selepas ini terdapat banyak lagi jemputan untuk team ini membuat persembahan bagi memperkembangkan lagi sayap mereka.....Tahniah untuk Gemersik Team....

Wednesday, 21 October 2009

Horee...dpt no 3 pun ok juga la!!!







Pergh!!! penat la bawa pelajar pergi karnival permainan bola jaring dan futsal kat batu berendam ni...tp, emmm...seronok sangat tengok para pelajar ini bermain menentang lawan dengan penuh semangat waja. Hasilnya, zon Masjid Tanah dapat tempat kedua bagi futsal bawah 19 tahun dan tempat ketiga bagi bola jaring bawah 14 tahun...seharian menghabiskan masa di Dewan Badminton Batu Berendam tidak dirasai kerana guru-guru serta PPM bersorak sakan membantu menaikkan semangat para pelajar....

Go MT !!! Go MT !!! Go MT !!!.....

Friday, 9 October 2009

Ihya Ramadhan




Aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan Ramadhan antaranya Solat Sunat Dhuha dan Tadarus Al-Quran. Semoga apa yang dilakukan sepanjang bulan Ramadhan ini mendapat keberkatan dari Allah S.W.T. Marilah kita memperbanyakkan amalan yang baik sepanjang bulan ini.

Jamuan Akhir Bersama En Razak (jurulatih angklung)




Jamuan ini telah diadakan sempena hari terakhir En Razak melatih para pelajar PPKI SKPB bermain angklung untuk tahun 2009. Kami di sini mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada En Razak kerana telah sudi memberikan tunjuk ajar kepada para pelajar ini. Segala tunjuk ajar yang diberikan akan kami pergunakan dengan sebaiknya. Diharap semoga pada tahun hadapan En Razak masih lagi mahu memberikan tunjuk ajar kepada kami.

Friday, 4 September 2009

Negaraku Bebas Merdeka

Kini..
tiada lagi tangisan insan terseksa
terkapai-kapai lemas mencari daratan
berkorban jiwa pertahan negara
penjajah durjana merampas segala

50 tahun dahulu..
stadium merdeka menjadi saksinegaraku merdeka
rakyatku tidak lagi sengsara
menangis gembira mendapat cahaya

Merdeka..
tiada lagi penjajahan..
tiada lagi penderitaan..
tiada lagi jeritan penyiksaan..
tanah air ditadbir insan bijak bestari..
memimpin negara mengukir nama..
Kini..50 tahun sudah merdeka..
negaraku cemerlang, gemilang dan terbilang
burung berkicau bebas berterbangan
menjadi tanda negaraku aman daman

Maju berteknologikearah mencapai wawasan 2020.
kugenggam erat amanah pejuang tanah air
pertahanlah kemerdekaan
teruskanlah kemajuan disebalik tirai kemerdekaan
sematkanlah semangat jiwa bangsa dilubuk hati
semoga kekal selamanya

merdeka tetap merdeka..

Friday, 21 August 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Kami dari Unit Pendidikan Khas SK Pengkalan Balak mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Diharap semoga dibulan ini dapat menambahkan keimanan dan kesabaran dalam menunaikan ibadah kepadaNya. Marilah bersama-sama kita melakukan lebih amal ibadat dibulan yang mulia ini....Aminnnn......

Wednesday, 12 August 2009